Innalilahi, Khabar Pilu Dari Aktress Terkenal Diana Rafar telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh) - LEHNEWS Selamat Datang!

Ahad, 4 Jun 2023


Innalilahi, Khabar Pilu Dari Aktress Terkenal Diana Rafar telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)


Ibu Linda, Diana meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu Diana dan Linda Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA) akibat beberapa komplikasi, pada jam 9.30 malam tadi.


Diana berkongsi berita itu dengan memuat naik surah Al-Fatihah di laman Instagram, kira-kira sejam tadi.


“Kami reda dengan suratan ini. Selepas beberapa bulan diuji dengan macam-macam penyakit, ibu sangat kuat.


“Malah, sejak semalam ketika majlis bacaan Yasin, kami sekeluarga sudah 'rasa' lain.


“Ia macam isyarat yang ibu sudah mahu pergi,” katanya.


Tambah Diana, antara kepayahan yang perlu diharungi adalah apabila tangan kiri arwah perlu dipotong akibat jangkitan kuman, bulan lalu.


Sementara itu, menerusi perkongsian di laman sosial itu juga, Diana meminta orang ramai mendoakan arwah ibunya.


“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.


“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.


“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak,” katanya menerusi perkongsian di Insta Story.


Arwah meninggalkan enam anak, 17 cucu dan tiga cicit.


Allahyarham dijangka dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 9 pagi esok.