SEMALAM BERLAGAK SEPERTI ‘AKAK KAWASAN’ HALAU PENIAGA NASI LEMAK LAIN DAN HARI SESUATU JADI KAT DIA
Gara gara menyerang peniaga lain sehingga videonya tular di m3dia s0si4l, gerai nasi lemak milik seorang wanita berusia lingkungan 40-50 an didatangi pihak berkuasa.
Menurut sumber, wanita ter.babit telah dikenakan tindakan saman. Namun tidak dapat dipastikan saman dikeluarkan atas sebab apa.
Tetapi di m3dia s0sial, maj0riti netizen dilihat berpuas hati dengan tindakan pantas pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit.
Sebelum ini, wanita itu mendakwa dia telah diberi kuasa oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berniaga di kawasan itu dan boleh menghalau peniaga lain sesuka hati.
Isu tersebut timbul berikutan dia tidak berpuas hati dengan peniaga baru yang mula berniaga di situ menjual makanan yang sama.
Dalam video tular semalam, wanita berkenaan memberi amaran bahawa dia tidak mahu melihat peniaga itu menjual nasi lemak di situ lagi.
Tinjauan yang dilakukan oleh seorang netizen prihatin pada pagi tadi mendapati, peniaga baru itu tidak lagi berniaga di kawasan itu.
Setakat ini, DBKL masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan wanita terbabit kononnya diberi kuasa oleh DBKL untuk berniaga di kawasan tersebut.
‘Saya remove video tu, makcik tu suruh member saya minta maaf, anak² dia cari saya sebab viralkan video tu’
Susulan viral video seorang peniaga nasi lemak yang memarahi pesaingnya, video tersebut telah dipadamkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa individu yang memuat naik video itu berbuat demikian.
Skyrullah melalui TkT0knya menjelaskan, video itu dipadamkan oleh pihak TkT0k kerana ada yang membuat aduan mengenainya. Malah, dia turut ‘diburu’ oleh anak-anak peniaga terbabit yang dipercayai mahu mengambil tindakan terhadapnya.
“Begitulah kesudahannya. Saya remove video itu. Makcik tadi suruh member saya minta maaf. Kemudian anak-anak makcik itu cari saya sebab viralkan video itu. Dia tak tahu di Twitter ramai spill the tea tentang makcik itu,” katanya.
Terdahulu, tular video di media sosial yang menunjukkan peniaga nasi lemak itu menyerang pesaingnya secara kasar. Dia juga mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi kuasa kepadanya untuk berniaga di kawasan itu.
SUMBER:TheRep0rter