Perdana Menteri berkata, tindakan mengekalkan Khairy sebagai Menteri Kesihatan bertujuan memastikan segala perancangan berkaitan kementerian itu dapat direalisasi dan dilaksanakan.
"Disebabkan hasil KJ (Khairy Jamaluddin) sebagai menteri kesihatan, kerajaan meluluskan Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek Nilai di Negeri Sembilan dengan peruntukan RM600 juta.
"Jika hilang menteri ini (Khairy) akan rugi, sebab apabila dapat kepada orang lain (dilantik Menteri Kesihatan seterusnya) mungkin projek ini dibatalkan," katanya.
BERITA BERKAITAN
'Pilih BN dalam PRU-15 untuk realisasi Bajet 2023' - Ismail Sabri
'Jangan ketepikan Khairy, dia aset UMNO dan negara'
'KJ aset politik cukup penting'
'Kekalkan KJ di Parlimen Rembau; pemimpin UMNO usah ganggu' - Warganet
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan di FELDA Palong, dekat Jempol, hari ini.
Sebelum ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU15.
Khairy berkata, beliau sudah pun diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Ketua UMNO bahagian Rembau yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Sehingga kini, beberapa kerusi dikaitkan dengan beliau termasuk terkini Parlimen Kepala Batas di Pulau Pinang yang pernah dikuasai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga bapa mentua Khairy. - BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda