Pasir Puteh: Wanita maut, manakala empat lagi termasuk bayi cedera selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamunting, di sini, hari ini.
Kemalangan pada 9.05 pagi dilapor membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dua lori, tiga kereta, dua motosikal dan 21 basikal.
RAKAMAN VIDEO KEMALANGAN ADA DI BAWAH SEKALI
Ia turut menyebabkan sebuah daripada lori yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap kenderaan lain.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh berkata, 13 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi sejurus maklumat.
“Terdapat lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa yang meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.
“Kerja menyelamat sedang dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas operasi menyelamat selesai dijalankan.
“Makin menjdi jadi treller2 …lori2… atas highway…bukan main pjg penuh muatan laju dok lane tengah…pandu dekat2 cucuk2 kenderaan hadapan meluru luru walau di tol jalan sempit…” – Aleeza
“Habis nyawa…lori..Tereler macam berhantu. Boleh hari2 pembunuh jalan raya. D jalan raya… lori.. Tereler… nampak sangat gerun. Kadang2 bawak elok2 pun…d Sapu lori. Kalau boleh… lori tu biar lah tempat lain. Semoga keluarga mangsa d permudahkan urusan. Aamiin2 Allahumma Aamiin.” – Wan Mashuah
“sy nasihatkan pemandu lori, kurangkan laju…. sy tahu anda akan salahkan brek setiap kali eksiden… tpi, anda sendiri pun kene bertanggungjawab, jgn laju & jaga jarak dgn kereta depan, jarak lori dgn kereta, tak sama dgn jarak kereta dgn kereta” – Felis
“Mcm ni la jadinya kalau penguatkuasaan lemah. Lori dgn pemandu banyak saman tp blh renew lesen, lori banyak saman tp blh renew roadtax. Yang duk cari, nk saman hanya penunggang motosikal je” – Alif Safuan
“Tolong la, lori bergerak waktu malam sudah la..waktu pagi orang ramai nak guna..bila kemalangan, kenderaan kecil yg lagi sakit tanggung akibatnya..lori bukannya rosak sebagaimana kereta..atau nk bergerak pagi tolong jangan laju.” – Abu
“Kes Lori treler nii makin menjadi2 .tak tau la bila nk kesudahannya .harap pihak berwajib Tekan kan trus pada Lori treler …” – Awang
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Sumber HM