“TAK sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tujuh sekeluarga maut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam.
Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68.
Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut maut dalam nahas itu.
Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.
“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang
sajalah yang hidup?”
“Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, hari ini.
Katanya, kejadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.
Beliau berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.
“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang abang (Mohd Zairul) dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa,” katanya.
Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.
“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.
Dia berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadikan dalam satu liang lahad.
Muhammad Haziq Zikri yang terselamat patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
LUNA MAYA
Anak Menangis Meraung Lihat Jenazah Empat Ahli Keluarga Di Hospital Buat Netizen Sebak
July 13, 2022
IPOH – Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.
RAKAMAN VIDEO TANGISAN ANAK MERAUNG ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler dengan empat mangsa tersepit di dalam kenderaan.
“Mangsa yang tersepit seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
IDENTITI MANGSA DIKENALPASTI
Menurutnya, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.
“Sekitar jam 4.30 petang saya cuba untuk hubungi ibu saudara saya untuk bertanyakan sudah sampai di mana, namun talian tidak bersambung.
“Saya cuba telefon ke nombor tiga yang lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.
“Sampailah saya dapat panggilan daripada seorang lagi makcik maklumkan kejadian itu,” katanya yang juga dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Bangi.
Beliau yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berkata, kali terakhir dia bertemu keluarga berkenaan pada Isnin lepas ketika perayaan Aidiladha.
Katanya, ketika itu ibu saudaranya kelihatan gembira kerana mendapat tahu anaknya telah mendapat kerja.
“Kami baru jumpa, mereka nampak gembira bersama, tak sangka kejadian ini mengorbankan keempat-empat mereka sekali,” katanya.
Dalam pada itu, suasana di Jabatan Forensik HRPB di sini di selubungi pilu dengan tangisan ahli keluarga apabila seorang lagi anak mangsa hadir bagi proses pengecaman dan tuntutan jenazah.
Semua jenazah dimaklumkan akan dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang sebaik selesai bedah siasat.
Kejadian di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh itu membabitkan enam kereta dan sebuah treler.
Akibat nahas itu, empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tonton Video :
Semoga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah buat. Alfatihah..
Sumber Kosmo, HM, SH